Labels: Birthday
Saya dah lama tahu pasal Jmd5 nih.Sejak tahun 2007 lagi...Tapi mungkin disebabkan tak terbuka utk mencuba.Entah macam maner la suatu hari tu(7/3/09),ketika ke sebuah Butik kecantikan,terpandang artikel tentang Jmd5 nih.aku pun ambik satu,dlm hati berkata"apa salah kalau mencuba".Tanpa banyak soal aku terus beli... dengan harga RM200/kotak.
Balik ke rumah,dengan bersemangat aku terus minum...kebetulan dah pukul 12 t/h.breakfast plak aku dah ambik pukul 8am,dgn menu roti bakar 2 kpg n air milo secawan...Dah 4 jam dah.tak kisah lah nak minum Jm5 nih....Aku tuang air sejuk yang ader kat dlm peti ke dlm shaker 300ml,tuang Jm5,goncang & terus minum..Sedap rasanyer..perasa oren...macam minum orange jus lah plak ....
Kali ni dah nekad dalam hati nak kurus....dah takmboh terus kumpul lemak .Aceli,berat badan aku dah cecah ke 70 kilo....dgn ketinggian 1.6 mtr.Badan pulak dah rasa berat smacam....mudah penat...Ya Allah...teruknya aku nih...selera makan makin bertambah selepas bersalin anak ke 2 dulu.Dah cuba control makan,cuba bermacam produk...tapi susahnya nak turun....!!
Aku mesti bertindak sekarang.takkan nak tunggu berat mencecah ke 100 kilo baru nak mula sibuk kuruskan badan.Melihatkan kejayaan mereka-mereka yang sudah berjaya kurus melalui program Jm5 nih,aku YAKIN,aku pun akan kurus jugak suatu hari nanti....mudah-mudahan....!
Semalam (2/4/09) dah habis sekotak minum...Sepanjang minum tuh aku memang tak timbang langsung....Takut frust...just ambik ukuran lilit badan jer...Kalu diikutkan tarikh aku start minum tu sepatutnya 26/3/09 tuh dah habih sekotak...tapi memandangkan ader hari hari yang aku tak minum...disebabkan balik kg n luper nak bawak balik,so tak terminumlah...p macam yang Dr.rozmey cakap.,maintain kan 1000 kalori sehari...pasti berat badan tak naik!
Hari ni(2/4/09)terasa nak timbanglah...naik atas penimbang...hah!65kilo....YES!YES!YES!BERBALOI!...Betapa happy nyer aku....Yang membuatkan aku semakin bersemangat untuk terus turun ke Target 55 kilo....Mase anak dara dulu berat 48 kilo je....berat badan aku mase tuh bukan main payah nak naik....makan banyak pun tetap tak naik....agaknyer bolek ker kalau nak jadik berat badan macam anak dara dulu???Tak mustahil kan kalau berusaha....
Masa hari pertama start minum Jm5 dulu bukan main payah nak control makan..tambahan pulak anak2 asyik makan yang sedap2 macam aiskrim,coklat,ayam goreng & banyak lagilah...memang tergoda tahap paling kritikal lah mase tuh...Tapi masuk hari ke 7 minum,dah lali dah...nasi memang tak sentuh langsung.tengok je pun dah tak terasa nak makan.
Dalam target aku ....4 kotak lagi baru dapat mencecah ke angka target aku....Mudah-mudahan aku akan terus bersemangat untuk turunkan berat badan ku ini...AMIN........
Labels: MySelf
Labels: Family
BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA
Assalamulaikum...Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.setiap kali menjelang 1 April,sesetengah orang kita begitu taksub & menyambutnya dengan mengikut cara barat tanpa menyedari kisah sedih yang terjadi hingga terciptanya 'April Fool'.
April fool ini sebenarnya mula diraikan setelah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol,setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam ini akhirnya jatuh diserang tentera-tentera kristian.
Ketika itu,penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(Moors)diserang hebat oleh tentera-tentera kristian.Mereka terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.Tentera -tentera kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan sentiasa berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.
Penduduk -penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari negara Sepanyol dalam keadaan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.Sebahagian daripada mereka percaya & sebahagiannya lagi meragui.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuashati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya(1 April)mereka keluar membawa barang-barang keperluan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah.tentera-tentera kristian mengambil kesempatan untuk mengeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar.Sambil ketawa tentera-tentera kristian ini berteriak "April fool!April fool!April fool!" lalu menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuklah kaum wanita serta kanak-kanak.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera-tentera kristian ini atas kemenangan mereka pada hari tersebut(1April).Keraian ini akhirnya disambut setiap tahun bukan saja di Sepanyol,bahkan diseluruh dunia.
Yang menyedihkan,orang-orang Islam yang JAHIL tentang peristiwa ini turut sama meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang merayakan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam mereka sendiri!!!!
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...AMIN
Labels: April Fool
AINA (6thn)
ALYA (3thn)
Labels: Family
Labels: Kawan Lama
Ni salah satu aktiviti berkeluarga hubby punyer member merangkap saya punyer member jugaklah coz hubby n saya dulu satu sekolah,senior.so kira yg jumpe ni member2 lame lah...kitorang berkelah kat Air Terjun Cemerung. masing2 bawak famili..memang meriah..siap bbq lg.... ni dah lamer dah nih..bila lah pulak nak berjumpa ramai-ramai mcm ni lg?
Sebelum balik,masing-masing sempat berposing....walaupun 5 keluarga ajer yg dpt datang...tapi kami tetap enjoy.....hope next time boleh lg berkelah mcm nih.....!
Labels: Aktiviti Keluarga
Ini gambar famili la nih...ambik masa raya thn lepas....kat rumah mak mertua...
Ini pulak gambar famili Dena..member mase sekolah dulu....mmm still lg seorang..bila la nak tambah baby lagi...nih ajer gambar member lamer yg ade.,yg lain semuanya sunyi...tanpa berita....kemanakah member-member lame mase sekolah dulu?
gambar ni diambil semasa bercuti di Cameron Highland bln 8 thn lepas....seronok dpt bercuti bersama keluarga......
Labels: Family