Disebalik April Fool

on Tuesday, 31 March 2009

BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA

Assalamulaikum...Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.setiap kali menjelang 1 April,sesetengah orang kita begitu taksub & menyambutnya dengan mengikut cara barat tanpa menyedari kisah sedih yang terjadi hingga terciptanya 'April Fool'.

April fool ini sebenarnya mula diraikan setelah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol,setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam ini akhirnya jatuh diserang tentera-tentera kristian.

Ketika itu,penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(Moors)diserang hebat oleh tentera-tentera kristian.Mereka terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.Tentera -tentera kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan sentiasa berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk -penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari negara Sepanyol dalam keadaan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.Sebahagian daripada mereka percaya & sebahagiannya lagi meragui.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuashati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya(1 April)mereka keluar membawa barang-barang keperluan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah.tentera-tentera kristian mengambil kesempatan untuk mengeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar.Sambil ketawa tentera-tentera kristian ini berteriak "April fool!April fool!April fool!" lalu menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuklah kaum wanita serta kanak-kanak.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera-tentera kristian ini atas kemenangan mereka pada hari tersebut(1April).Keraian ini akhirnya disambut setiap tahun bukan saja di Sepanyol,bahkan diseluruh dunia.

Yang menyedihkan,orang-orang Islam yang JAHIL tentang peristiwa ini turut sama meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang merayakan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam mereka sendiri!!!!

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...AMIN

0 comments:

Post a Comment