Disebalik April Fool

on Tuesday, 31 March 2009

BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA

Assalamulaikum...Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.setiap kali menjelang 1 April,sesetengah orang kita begitu taksub & menyambutnya dengan mengikut cara barat tanpa menyedari kisah sedih yang terjadi hingga terciptanya 'April Fool'.

April fool ini sebenarnya mula diraikan setelah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol,setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam ini akhirnya jatuh diserang tentera-tentera kristian.

Ketika itu,penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(Moors)diserang hebat oleh tentera-tentera kristian.Mereka terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.Tentera -tentera kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan sentiasa berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk -penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari negara Sepanyol dalam keadaan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.Sebahagian daripada mereka percaya & sebahagiannya lagi meragui.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuashati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya(1 April)mereka keluar membawa barang-barang keperluan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah.tentera-tentera kristian mengambil kesempatan untuk mengeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar.Sambil ketawa tentera-tentera kristian ini berteriak "April fool!April fool!April fool!" lalu menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuklah kaum wanita serta kanak-kanak.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera-tentera kristian ini atas kemenangan mereka pada hari tersebut(1April).Keraian ini akhirnya disambut setiap tahun bukan saja di Sepanyol,bahkan diseluruh dunia.

Yang menyedihkan,orang-orang Islam yang JAHIL tentang peristiwa ini turut sama meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang merayakan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam mereka sendiri!!!!

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...AMIN

My girlsssss...

on Thursday, 26 March 2009


Ni gambar anak2.Keduanya perempuan.Sorang 6thn & sorang lagi br je masuk3 thn.That's my sweet girls.....

AINA (6thn)

ALYA (3thn)

Teman lamer

on Wednesday, 18 March 2009

Ini gambar nurul....member lamer mase sek menengah dulu.....pun dpt gambar ni melalui internet....where are u YOUL?????I really miss u.

Aktiviti Keluarga

on Saturday, 14 March 2009

Perkelahan berkeluarga di cemerung

Ni salah satu aktiviti berkeluarga hubby punyer member merangkap saya punyer member jugaklah coz hubby n saya dulu satu sekolah,senior.so kira yg jumpe ni member2 lame lah...kitorang berkelah kat Air Terjun Cemerung. masing2 bawak famili..memang meriah..siap bbq lg.... ni dah lamer dah nih..bila lah pulak nak berjumpa ramai-ramai mcm ni lg?







Memang cantik kan pemandangan air terjun kat sini....






Lepas makan je apalagi ...mandi lah....Aina,mengigil kesejukan....



Sebelum balik,masing-masing sempat berposing....walaupun 5 keluarga ajer yg dpt datang...tapi kami tetap enjoy.....hope next time boleh lg berkelah mcm nih.....!

Family




Ini gambar famili la nih...ambik masa raya thn lepas....kat rumah mak mertua...


Ini pulak gambar famili Dena..member mase sekolah dulu....mmm still lg seorang..bila la nak tambah baby lagi...nih ajer gambar member lamer yg ade.,yg lain semuanya sunyi...tanpa berita....kemanakah member-member lame mase sekolah dulu?



gambar ni diambil semasa bercuti di Cameron Highland bln 8 thn lepas....seronok dpt bercuti bersama keluarga......